Dominic Raab
Dominic Raab

Dominic Raab

Dominic Rennie Raab (lahir 25 Februari 1974)[1] ialah seorang ahli politik United Kingdom dari Parti Konservatif United Kingdom yang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara untuk Keluar Kesatuan Eropah dari Julai 2018 hingga November 2018.Raab telah berkhidmat sebagai ahli parlimen dari kawasan pendudukan Esher dan Walton sejak beliau dipilih pada tahun 2010. Selepas pilihan raya 2017, beliau dilantik sebagai Menteri Negara bagi Mahkamah dan Keadilan. Setelah kabinet pemerintah dirombak pada Januari 2018, Raab dipindahkan ke Kementerian Perumahan, Kerajaan dan Pemerintah Daerah.[2] Pada Julai 2018, May menjadikannya sebagai Setiausaha Brexit setelah pengunduran David Davis.[3] Raab mengundurkan diri dari jawatannya sebagai Setiaisaha Brexit pada 15 November 2018 kerana beliau menentang Rancangan Perjanjian Pengunduran dan hasil dari perundingan Brexit.[4]